Inilah keluarga yang sangat saya sayang :) ayah, abg long, kak long, ma, kak chik, kak ngoh, saya, wani, adik ain :D
mungkin akan terus bertambah :)sama-sama doakan yang terbaik untuk keluarga kita..
~kasih sayang sampai syurga~
semua orang apabila berbicara tentang keluarga, pasti akan membayangkan keluarga yang bahagia dan harmoni kerana sememangnya fitrah kita menginginkannya. Alhamdulullah, saya mempunyai keluarga yang dipenuhi dengan kasih sayang sehinggakan saya meletakkan keluarga selepas Allah dan Rasul. Semuanya bermula dirumah, keluarga yang bahagia akan melahirkan anak-anak yang penuh dengan kasih sayang dan akan menyayangi masyarakat di luar sana. Pembentukan peribadi kita selalunya akan dipengaruhi oleh bagaimana hubungan kita dengan ibu bapa dan adik-beradik kita. Kita dapat lihat kini kenapa seorang pelajar tidak menghormati gurunya, jika dirumah dia pasti tidak menghormatiibu bapanya. Semua ini mempunyai perkaitan. Nabi s.a.w juga sangat kasihkan anak-anak dan isteri-isterinya. Baginda sangat romantik dengan isterinya dan sangat mengambil berat tentang anaknya. Ibu bapa pada zaman sekarang juga perlu mencontohi peribadi Rasulullah dalam mendidik anak-anak mereka mahupun isteri. Yang baik dijadikan contoh, yang buruk dijadikan teladan.
~moga bermanfaat~