'URL BACKGROUND'

Thursday, 19 April 2012

Hindari perbuatan mengumpat


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan dan kekurangan  seseorang kepada orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"-Hadis soheh riwayat Muslim.


Dosa mengumpat hanay layak dimaafkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatkan tidak memaafkan, dosa itu akan kekal danmenerima pembalasannya di akhirat. Oleh itu, elakkan perbuatan mengumpat dan mencari kesalahan orang lain kerana ia bukan mustahil untuk orang lain melakukan perkara yang sama kepada kita. Allah akan membalas perbuatan itu dengan memdedahkan keburukan kita kepada orang lain.


Mengumpat seperti juga menfitnah, yang mana secara tidak langsung akan menghapuskan amalan pahala yang pernah kita lakukan sebelum ini. Rasulullah s.a.w mengingatkan bahawa perbuatan mengumpat adalah umpama memakan daging busuk saudara sendiri. Oleh itu, seseorang itu mestilah mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri.


Persaudaraan dan ukhwah sesamamuslimadalah sebahagian  daripada perintah agama. Allah telah memerintahkan agar umat Islam tidak membuka aib saudaranya. Ini kerana sesiapa yang membuka aib saudaranya, maka aibnya sendiri akan dibuka oleh Allah di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment