'URL BACKGROUND'

Friday, 20 April 2012

Motivasi Wanita..

Wanita merupakan makhluk yang begitu seni dan komplaks yang diciptakan oleh Allah dalam muka bumi ini. Kita merupakan seindah hiasan yang ada di dunia ini dan dan akan terus mekar jika kita menjaga syariatnya dan mengamalkan perintah Allah dalam kehidupan seharian.


Untuk menjadi seorang wanita yang bermotivasi, kita sebagai wanita mestilah menjadi seorang yang dapa tmemberikan manfaat kepada orang lain dan dapat menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w kesayangan kita semua dengan membina generasi yang dipenuhi insaniah dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, saya sebagai bakal guru perlu membentuk jati diri saya untuk membina generasi insaniah yang diimpikan. Tugas saya bukan sekadar untuk mengajar pelajar, tetapi seorang guru mempunyai tugas yang lebih berat daripada itu iaitu MENDIDIK para pelajar. Cabaran masa akan datang tidak dapat saya fikirkan, apa yang boleh saya lakukan hanya menyiapkan diri sebaik mungkin.

Yang pertama kita perlu banyak memberi dan menolong orang yang berada dalam kesusahan. InsyaAllah jika kita banyak memberi Allah akan membalas dan mencukupkan keperluan kita malah kita akan mendapat yang lebih baik lagi :). Ini memerlukan didikan dan asuhan daripada sekarang, kerana nafsu kita teramat sukar untuk dididik sehingga Rasulullah yang tercintah pernah bersabda "Jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu"

Kita juga perlu ikhlas dalam memberi dan menjalankan amanah yang diberika kepada kita. Apabila kita ikhlas memberi, orang lain akan ikhlas membantu. Wanita perlu memotivasikan diri kerana peranan kita sangat penting dalam pembangunan generasi yang akan datang.

Kita juga perlulah sentiasa bersyukur kepada Allah yang memberikan nikmat kepada kita, mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan seharian dan insyaAllah sentiasa beristiqamah dalam ibadat dan pekerjaan baik yang kita lakukan. InsyaAllah kita akan senang dan tenang dalam kehidupan.


Indahnya jika dapat menjadi wanita yang solehah dan dapat menjadi perhiasan dunia yang paling berharga :). InsyaAllah. Moga-moga berkat didikan dan asuhan kedua ibu bapa yang tersayang kita mampu untuk menjadi wanita yang solehah dan dapat membantu ibu bapa kita dalam asetnya ke syurga.

Rintihan Seorang Hamba..

Terima kasih Ya Allah,
Kerana Engkau telah memilihku untuk menerima hidayahMu,
Tidak terhitung rahmat dan nikmat yang Kau berikan untuk hambaMu ini,
Engkau selalu berada disisiku mendengar luahan hambaMu,
HambaMu ini lemah ya Allah, mengingatiMu ketika sukar dan jarang sekali menyebutMu dikala senang,
Ya Allah moga hambaMu ini sentiasa diberi peluang untuk bertaubat dan terimalah taubatku,
Terlalu banyak dosa yang aku lakukan...

Ya Allah,
Jadilah mulutku apabila aku menuturkan bicara,
Jadilah mataku apabila aku melihat, kerana dari mata jatuh kehati,
Jadilah kakiku apabila aku berjalan,
Jagalah hatiku Ya Allah kerana Engkau yang memiliki dan membolak balikkan hati ini.

No comments:

Post a Comment