'URL BACKGROUND'

Monday, 16 April 2012

ISLAM DAN SAINS MENGENAI SUJUD.

Semasa melakukan solat, umat Islam wajib sujud dengan meninggikan punggng dan meletakkan dahi sera kepala ke bumi.

Mengikut kajian, kedudukan ini sekiranya dilakukan daripada semasa ke semasa, adalah baik untuk kecerdasan otak manusia.  Bagi memahami aspek ini kita perlu mengetahui bahawa manusia menggunakan 25peratus daripada oksigen yang terdapat dalam badan walaupun beratnya hanya 3 peratus daripada keseluruhan berat badan.

Dalam keadaan biasa sebahagian sel-sel atak tidak mendapat keperluan oksigen yang diperlukan kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekali gus melawan tekanan graviti.

Semasa sujud, umat Islam meletakkan  kepala mereka ke bumu dan dalam keadaan begini jantung berada di kedudukan lebih tinggi daripada kepala sekali gus memudahkan darah turun ke otak di bantu oleh tekanan graviti.

Dalam keadaan ini, otak manusia menjadi semakin cergas dan fokusnya semakin mantap.  Peter Russell dalam bukunya The Brain Book berpendapat, 'Otak manusia beroperasi 7 peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat dalam keadaan kepala mereka berada di bawah (invented).

No comments:

Post a Comment